Thursday, May 29, 2008

episod 1

"eh, tumpang sekaki ye.. ada VIP la plak, aku pakai selipar ni. kang org tua tuh nampak, mampus aku kena gantung sem depan..."

satu perkenalan yang biasa berlaku antara senior dgn junior.. well, apa nak di hairankan pun, senior satu semester je pun. nasib baik aku junior time tu, baru dlm seminggu dua, kalau dah lama aku report je pada pengetua tuh. biar padan muka, siapa suruh pakai selipar je pergi kuliah. sebab dia. dan mulai dari itu lah, hidup aku haru biru. terima kasih Kid.

oh, perkenalkan diri. aku ambik jurusan graphic design di sini. dan kebanyakkan student di kolej ni datangnya dari kl juga. dan beberapa kelompk dari seremban, sabah dan sarawak. pada mulanya, anggapanku belajar seni seperti melukis saja. hehe, aku salah. kini bukan sahaja melukis, malah menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan karya seni. Jugak teknik mengambil gambar dgn cantik. segala rahsia-rahsia kecantikan dan keunikan gambar telah banyak aku ketahui.

"Dira.. Dira.. meh sini jap" siapa pula yang memanggil nama aku. tapi, agak biasa je suara tuh. KID!! nasib baik aku tak toleh.. Aduh.. kenapalah malang nya nasib bertemu dgn Kid awal-awal pagi ni.

"hahh!!" sergah Kid. "buat tak dengar ek..? jom ikut aku gi minum Dira. haus la.."

"tak nak la aku. malas la kid. aku lotiiiih!" sambil aku menjulingkan mata sambil mengejek Kid.

Apa pun jawapan aku. kau tetap sama Kid. jahanam!! suka betul kacau hidup aku lah. Ye. aku minum dgn Kid. dan nasib baik aku kenal semua senior-senior tuh. apa nak buat, aku layan je game kat henpon aku.

"ouchhhhhhh" aku menjerit panjang. celaka ko Kid suka betul cubit aku. habis lebam lengan aku. kalau mak aku tanya nanti apa aku nak jawab ha? geram betul la aku.

"love bite!" hah??? kau ni gila betul la Kid. mau aje parang terbang terus lekat kat leher aku nanti. sakit agaknya budak Kid nih. Kenapa?? kenapa ketemukan aku dgn insan gila nih. kenapa???

aduh...

No comments: