Friday, May 30, 2008

episod 2

"Ann, tengok-tengokkan beg ini ya, nak ke cafeteria jap"

laparnya perut. beli roti jela. nak makan macam tak cukup nak pakai untuk assignment lak. huh! assignment semesti memerlukan banyak modal jadi aku perlu banyak berjimat. Untungnya mereka yang dapat bantuan pinjaman kewangan. permohonan aku di lucutkan kerana kedua ibu bapa aku di ishtiyarkan muflis. takpela...

"empat puluh sen.. lima puluh sen.. e..erk...eh"

"bak sini lima puluh sen Dira. tak cukup nih .. nah! uncle. TQ Uncle TQ Dira.. byee"

Kid. Kau lagi? huh! geram betul melihat muka budak nih. Suka hati kau je nak buat apa kan?? kalau di marah nanti berpanjangan pulak. takpelah Kid, aku belanja kau hari ni. Untung badan kau dapat jadi kawan aku walaupun aku tak rela sebenarnya. ceh! hu~~ ikat perut lagi nampaknya.

"lamanye. beli roti ke buat roti Dira?" Ann bebel mcm makcik. tapi Ann, kau memang comel. hehehe.. kau sentiasa buat aku tersenyum geli hati.

"tadi aku cuci mata jap kat gym. senior-senior dah turun padang.." sengih aku sambil mengangkat kening.

"betul ke??? ada apa? kenapa diorang gi gym?? woit! nape tak ajak aku ha Dira?" mula dah makcik ni membebel. pitching suara tak leh nak rendah. kalau bercakap atas stage tak perlu pakai microphone. Ann.. Ann.. aku gelak lagi melihat karenahnya...

Aduh.. Laparnya..

"try buat-buat busy je la leh hilang lapar.." bisik aku.

"Ann, mana beg aku?" "beg sape lak nih?"

Ann hairan? hilang ke? sedangkan dia ada je kat sini. berfikir lagi.. tiba-tiba

"KID!"

kenapa dgn budak Kid lagi? Tak habis-habis seharian aku nak kena dengar nama dia?

"Tuh ha, madam besar dia ada hari ni.. Kid dengan Nuzrin.." bagus! senang hati aku macam nih. tersengih cam kambing dapat rumput je. selamat berbahagia Kid.

"Beg aku!" tiba-tiba aku bersuara. bila masa pulak beg aku ada dgn mamat gila nih? Ya allah Magik ke? macam mana nak amik dari dia ni. nanti esok aku minta la.. arghh!!! still tak boleh.. dalam beg tuh ada assignment aku yang tak siap lagi.. aduh... aku gagahkan diri pergi juga pada Kid.

dari jauh aku bagi signal mata. pandai ek kau pura-pura Kid? buat-buat tak nampak dan tak tahu. kau ni jahat betul. terasa nak gigit kau lapan puluh lapan kali.

"excuse me, saya ann. tuh beg kawan saya. agaknya awak tersalah ambil beg tadi.." Ann? "Ni agaknya beg awak.." senyuman paling manis yang pernah ku lihat dari bibir Ann. manisnye.. hehehehe..

"oh, darling niiii.. mcm mane leh tersalah beg ni.. mahal tau beg i ni kalau org lain amik tadi macam mane?? bla... bla.. bla.. " merengek lagi Nuzrin, merengek lagi.. biar semua tengok.. meluat pun ada.. padan muka kau Kid dapat girlfriend macam tu.

Ye, Nuzrin. Hanya sekadar Senior je. tapi sebaya jugak dgn aku. memang cantik dan menarik pada mata semua lelaki. skirt tuh kalau leh pendek lagi. pendek kan aje. bukan aku cemburu pada dia. biasa je. argh pedulikan.

Assignmentku lagi penting untuk aku siapkan sebelum minggu depan. kelakar aku bila terkenang saat di mana Ann cuba mempermainkan Nuzrin tadi. aku tergelak kecil sambil mengambil keluar buku nota dari beg. aku tersenyum lagi. Kid oh kid. kau ni suka sangat permainkan semua orang. Lapar ni. elok aje aku makan roti nih. Terima Kasih Kid.

nyum nyum..

No comments: