Monday, June 2, 2008

episod 3

"budak-budak kantoi fast track... siapa yang buat kena buang kolej..." bagitau Kat.
**fast track - tak payah ambil exam, bayar untuk pass kan je..

"ada sesiapa yang kena tangkap tak?" soal Ann agak menyibuk. Suka benar bab-bab gosip nih.

"siapa lagi kalau tak budak-budak tuh. Kid pun kena gak.. dengar-dengar kantoi pun sebab dia gak.. bla.. bla.. bla.." cerita Kat penuh semangat.

Padan muka kau Kid. cetus hati aku. melepaskan geram

Minggu lepas baru sahaja dengar berita Nuzrin berhenti belajar. ada masalah keluarga katanya. Mungkin minat terhadap pelajaran di tolak jauh-jauh kerana kehidupan baru mencari nafkah lebih penting bagi Nuzrin. Kali terakhir melihat Nuzrin, dia bekerja sambilan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di bandaraya sibuk ini. Mungkin dia seperti aku juga, tidak cukup perbelanjaan untuk menampung pembelajaran? tapi bukankah dia juga datang dari keluarga yang serba lengkap? pelbagai persoalan timbul dalam fikiran aku.

"boleh tak pergi jauh-jauh dari i?? rimas arr.. i rimas dgn u ni tau!!! i dah lama pendam tau!!" jerit Nuzrin lalu menghempaskan beg ke lantai.

dari jauh aku lihat muka Kid merah meyala. seolah-olah perasaan marah telah menguasai diri. selalu aku dengar pertengkaran mereka tapi inilah kali pertama melihat dengan mata sendiri. Dahsyat juga perempuan ini.. desis hati aku. tiba-tiba...

"Dira. take over him please" Nuzrin terus capai tangan aku dan terus berlalu..

kenapa dengan kau ni Nuzrin, mau saja aku jerit pada Nuzrin. bukankah Kid tengah mengharapkan sesuatu? Yang hairannya kenapa dgn Kid? Kenapa diam saja.. Lalu aku perlahan-lahan menuju ke arah Kid.

"Kau ok Kid? Kenapa nih?" aku harap soalan aku ketika itu tidak salah. Suara aku sedikit getar.

"Dira.." Kid tersenyum sambil mencubit aku. lalu pergi begitu sahaja.

aduh!! Sudah tiada perasaan lagi ke manusia yang bernama Kid ni. Aku makin tidak faham dengan kehidupan 2 manusia ini. No wonderlah. mereka sepadan.

tinggal lagi seminggu nak final exam. aku harus lebih rajin. yang pasti tiada yang gagal. kalau gagal apa harus aku lakukan. erm.. mana Kid. seminggu lepas. selepas kejadian dia di tangkap kerana fast track dan selepas bertengkar dengan Nuzrin. dia hilang begitu sahaja. Tidak menduduki exam ke dia nih. Selalunya di mana saja ada dia.

No comments: